• 1.Apakah Kempen Baucar Setel RM8 KAF Digital Bank?

    Kempen ini adalah promosi kerjasama antara KAF Digital Bank (KAF DB) dengan Setel yang berlangsung dari Mac 2026 hingga Mei 2026. Pelanggan yang layak boleh menikmati baucar Setel RM8 apabila memenuhi syarat perbankan dan tambah nilai yang ditetapkan.

    2. Siapakah yang layak menyertai kempen ini?

    Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang merupakan pelanggan baharu Akaun Simpanan-i KAF DB (bermula 15 Februari 2026). Peserta juga perlulah berjaya menambah nilai akaun Setel menggunakan Kad Debit-i KAF DB mereka.

    3. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan baucar Setel RM8?

    Muat turun aplikasi KAF DB, aktifkan Akaun Simpanan-i anda, dan lakukan satu tambah nilai minimum RM8.00 ke e-dompet Setel menggunakan Kad Debit-i KAF DB. Pastikan kedua-dua aplikasi menggunakan nombor telefon yang sama.

    4. Adakah bilangan baucar terhad?

    Ya, baucar RM8 ini eksklusif untuk 50,000 pelanggan berkelayakan pertama yang melengkapkan semua langkah yang ditetapkan. Kempen akan berakhir bila baucar habis ditebus atau pada Mei 2026, yang mana tiba dahulu.

    5. Berapa kali saya boleh dapatkan ganjaran RM8?
    Setiap pelanggan layak hanya boleh menerima satu (1) ganjaran sepanjang kempen. Had ini tetap walaupun anda melakukan banyak transaksi tambah nilai yang layak.

    6. Bagaimana baucar Setel saya akan diterima?

    Setelah penyertaan anda disahkan, anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi Setel, dan baucar RM8 akan tersedia di Inbox atau halaman Rewards dalam tempoh 7 hari bekerja.

    7. Bolehkah baucar RM8 Setel ditukar kepada wang tunai?

    Tidak. Baucar ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau barangan lain. Penggunaannya juga tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Setel.

    8. Baucar belum sampai, apa yang perlu saya buat?

    Sekiranya baucar tidak diterima dalam 7 hari bekerja selepas melengkapkan langkah yang diperlukan, hubungi Khidmat Pelanggan KAF Digital Bank:

    📞 Talian Khidmat Pelanggan: +60387443331

    📧 E-mel: hello@kaf.com.my

    💬 WhatsApp: +60 12-473 8744 (Atau tekan “Lagi” > “Pusat Bantuan” > Butang "Hubungi Kami” dalam aplikasi untuk WhatsApp)

    Berikan maklumat anda supaya pasukan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

Jadi yang Terawal untuk Ketahui Maklumat Terkini Terus daripada Kami.

(Dengan mendaftar, anda bersetuju untuk menerima sebarang komunikasi pemasaran daripada KAF Group)
Anda boleh berhenti melanggan Langganan Pemasaran ini pada bila-bila masa