🚨 AMARAN KAF: JANGAN PERCAYA CALLER ID! 🚨
Scammer kini boleh memalsukan nombor telefon kami (teknik Vishing) supaya kelihatan seperti pihak KAF Digital Bank yang menghubungi anda.
Mereka akan mencipta panik (cth: "Akaun anda kena hack!") dan mendesak anda untuk beri OTP/TAC atau pindahkan wang anda ke akaun lain yang katanya "selamat".
INGAT: KAF Digital Bank TIDAK PERNAH akan meminta OTP/TAC atau mengarahkan anda untuk memindahkan wang melalui panggilan telefon.
3 LANGKAH PERLINDUNGAN UTAMA:
TAMATKAN PANGGILAN & HUBUNGI SEMULA PIHAK BERWAJIB: Jangan layan panggilan yang mencurigakan, walaupun ID kelihatan sah. Tamatkan panggilan tersebut dan hubungi kami langsung menerusi Talian Rasmi KAF (dari laman web/kad anda) untuk mengesahkan.
JANGAN BERI OTP: OTP/TAC adalah rahsia anda, untuk transaksi anda sahaja. Jangan kongsi dengan sesiapa, termasuk "pegawai bank."
TOLAK PINDAHAN "SELAMAT": Akaun "keselamatan" tidak wujud. Ia adalah akaun scammer.
Berhenti, Berfikir, Bertindak.
