Bahaya Wi-Fi Percuma: Adakah Data Anda Selamat?
Wi-Fi percuma di kafe, lapangan terbang, atau pusat membeli-belah memang menjimatkan data. 😰🚩 Namun, menggunakan Wi-Fi awam untuk menyemak akaun bank atau membuat transaksi dalam talian boleh mendedahkan data peribadi anda kepada penjenayah siber.
Lindungi diri anda dengan langkah mudah ini:
📱 Gunakan Data Mudah Alih
Untuk urusan perbankan, gunakan data mudah alih anda sendiri kerana ia lebih selamat berbanding Wi-Fi awam.
⚙️ Matikan 'Auto-Connect'
Elakkan telefon anda bersambung secara automatik ke rangkaian Wi-Fi yang tidak dikenali.
🔍 Sahkan Nama Rangkaian
Jika perlu menggunakan Wi-Fi awam, pastikan anda menyambung ke rangkaian yang betul. Scammer sering menciptakan rangkaian palsu dengan nama yang hampir sama.
🛡️ Utamakan Keselamatan Data Anda
Jangan pertaruhkan keselamatan akaun bank anda hanya untuk menjimatkan data internet. 💳🔒
