Lengkapkan Pengaktifan Akaun KAF Digital Bank Anda!

Kami perasan ramai pelanggan telah selesai pendaftaran, tetapi belum melengkapkan langkah terakhir untuk menaik taraf akaun anda daripada “Basic” kepada “Basic Plus”.

Langkah ini mudah, tetapi ia kunci utama untuk mengaktifkan akaun KAF Digital Bank anda sepenuhnya dan menikmati semua kemudahan!

Langkah terakhir berikut adalah Pindahan Deposit Kali Pertama. Anda hanya perlu membuat pindahan masuk minimum RM10 ke dalam akaun KAF DB baharu anda.

Peringatan:

  1. Pindahan mesti daripada akaun bank lain milik anda sama ada bank konvensional/Islamik (pastikan nama pemilik sepadan).

  2. Pindahan dana daripada bank digital lain atau e-Wallet TIDAK AKAN DITERIMA .

  3. Selesaikan ini dalam tempoh 30 hari untuk memastikan akaun anda kekal aktif

Jangan lepaskan peluang ini! Selesaikan pindahan anda sekarang dan nikmati perbankan digital tanpa had!

Perlukan maklumat lanjut?

Klik di sini untuk membaca artikel FAQ penuh tentang proses pengaktifan akaun dan pindahan dana awal: https://hello.kaf.com.my/ms_MS/activate-your-savings-account-i-

Previous
Previous

Awas! Skim Pelaburan Palsu Kian Menular di Media Sosial

Next
Next

5 Cara Bijak Untuk Lindungi Keselamatan Penggunaan Kad Maya Debit KAF Digital Bank Anda Dalam Talian!