Kad Bank Sering Gagal Dibaca? Ini Cara Mudah Menjaganya Supaya Tahan Lama!

Pernah tak anda beratur panjang di kaunter, tapi bila nak buat bayaran tanpa sentuh atau masukkan kad ke mesin ATM, tiba-tiba kad anda tak boleh dibaca?

Cip dan jalur magnetik pada kad bank ialah komponen sensitif yang memerlukan sedikit penjagaan supaya kekal berfungsi dengan baik.

I. Elakkan Simpan Berdekatan Magnet

Jangan letakkan kad anda bersebelahan peranti atau objek yang mempunyai magnet kuat, seperti pouch telefon atau dompet bermagnet. Ini boleh merosakkan jalur magnetik pada kad.

II. Pastikan Cip Sentiasa Bersih

Habuk, kotoran, minyak atau calar yang teruk pada cip boleh menyebabkan terminal pembayaran gagal membaca kad. Jika perlu, lap cip menggunakan kain mikrofiber yang kering dan bersih.

III. Elakkan Kad Daripada Bengkok atau Terdedah Kepada Haba

Jangan paksa kad ke dalam dompet yang terlalu sempit atau tinggalkan di dalam kereta yang panas. Keadaan ini boleh menyebabkan kad melengkung atau cip rosak.

Jaga kad anda dengan baik supaya setiap transaksi berjalan lancar tanpa gangguan. 💳 Penjagaan yang mudah hari ini dapat mengurangkan risiko masalah semasa membuat pembayaran.

Next
Next

Anda ada Mata Ganjaran Belum Dituntut?