Kira Wang Sebelum Beredar: Tabiat Ringkas di ATM yang Sering Terlepas Pandang
Selepas mengeluarkan wang di ATM, adakah anda terus masukkan wang ke dalam dompet dan beredar?
Bila tergesa-gesa, kita mudah terlupa satu langkah ringkas. Semak wang tunai sebelum meninggalkan ATM.
Jadikan beberapa tabiat mudah ini sebagai rutin setiap kali membuat pengeluaran:
I) Kira Sebelum Beredar
Ambil masa seketika untuk mengira jumlah wang tunai yang diterima dan pastikan jumlahnya betul.
II) Tunggu Sehingga Transaksi Selesai
Pastikan transaksi sudah selesai dan skrin ATM kembali ke paparan utama sebelum beredar.
III) Simpan Wang dan Kad Dahulu
Masukkan wang tunai dan kad ke dalam dompet atau beg sebelum meninggalkan mesin. Elakkan berjalan sambil memegang wang secara terbuka
Ambil masa sekejap. Semak wang. Kemudian beredar. Beberapa saat untuk menyemak boleh membantu memastikan pengeluaran wang anda lebih selamat dan teratur. 💳✨
