Kuasa 'Compound Interest': Bagaimana Duit Boleh Berkembang Dengan Masa?

Ramai orang tangguh melabur sebab rasa jumlah yang mampu disimpan masih kecil. 😰🚩 Hakikatnya, dalam pelaburan, masa adalah aset paling bernilai.

Cara ia berfungsi:

I. Duit Jana Duit

Biarkan dividen atau pulangan kekal dilaburkan. Lama-kelamaan, anda akan mendapat pulangan daripada modal asal dan keuntungan yang terkumpul.

II. Mula Awal, Lebih Berbaloi

Melabur sedikit tetapi bermula awal selalunya memberi hasil yang lebih besar berbanding melabur lebih banyak tetapi bermula lewat.

III. Konsisten Itu Penting

Tak perlu tunggu gaji besar. Mulakan dengan jumlah yang mampu, pilih pelaburan patuh Syariah yang sesuai, dan buat simpanan secara konsisten.

💳📈 Lagi awal anda bermula, lagi banyak masa yang anda beri untuk wang anda berkembang melalui kuasa kompaun.

Next
Next

Terima Kasih Hero #JanganKenaScam