Lindungi Kad Bank Anda!
Ramai yang suka simpan maklumat kad debit atau kredit dalam aplikasi atau laman web beli-belah sebab lebih mudah nak buat pembayaran. 😰🚩 Tapi tanpa sedar, tabiat ini boleh mendedahkan maklumat kad anda jika akaun atau platform tersebut mengalami kebocoran data.
Luangkan 2 minit untuk semak tetapan keselamatan kad anda dengan 3 langkah mudah ini:
💡 Matikan Fungsi 'International Transaction'
Tak ada rancangan nak bercuti atau membeli-belah di laman web luar negara dalam masa terdekat? Matikan fungsi transaksi luar negara pada tetapan kad anda. Jika data kad anda dicuri, ia boleh membantu menghalang transaksi dari luar negara.
💡 Turunkan Had Perbelanjaan Harian
Tak perlu biarkan had transaksi harian terlalu tinggi. Tetapkan had yang sesuai dengan keperluan harian anda. Jika maklumat kad anda disalahgunakan, kerugian yang boleh berlaku juga dapat dihadkan.
💡 Gunakan Kad Maya (Virtual Card)
Kalau bank anda menawarkan kad maya, gunakannya untuk pembelian dalam talian. Anda hanya perlu menetapkan jumlah yang diperlukan untuk setiap transaksi, sekali gus memberi lapisan perlindungan tambahan kepada akaun utama anda.
2 minit untuk semak tetapan hari ini mungkin boleh menyelamatkan ribuan ringgit pada masa hadapan. 🔐⚡
