Mencampurkan semua wang untuk perbelanjaan dapur, petrol dan hiburan dalam satu akaun utama sering menyebabkan bajet bulanan tersasar daripada perancangan asal.
Urus aliran tunai anda dengan mengamalkan langkah mudah berikut:
I) Bahagikan Perbelanjaan Mengikut Kategori
Tetapkan had perbelanjaan bagi kategori rutin seperti makanan dan minuman, pengangkutan serta bil asas sebaik sahaja menerima pendapatan bulanan.
II) Gunakan Ruang Simpanan Berasingan
Manfaatkan ruang atau poket simpanan khas dalam akaun anda untuk mengasingkan bajet setiap kategori, sekali gus mengelakkan wang tersebut daripada digunakan untuk perbelanjaan spontan.
III) Pantau Had Perbelanjaan Mingguan
Semak baki setiap poket simpanan pada hujung minggu bagi memastikan perbelanjaan kekal terkawal sebelum memasuki minggu berikutnya.
Susun rapi, belanja dengan tenang. Mengasingkan wang mengikut tujuan membantu memastikan setiap sen digunakan secara teratur dan berhemah. 📂✨
