Panduan Ringkas: Dana Kecemasan 💰
Apakah Itu Dana Kecemasan?
Dana Kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka. Dana ini seharusnya cair (mudah dicairkan), mudah diakses, dan diasingkan daripada akaun simpanan lain kerana ia bertujuan untuk digunakan bagi kos yang tidak diramalkan.
Bila Perlu Menggunakan Dana Kecemasan Anda?
Dana Kecemasan hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan dan situasi yang tidak dijangka seperti:
Pembaikan Kereta
Bil Perubatan
Bencana Alam
Kecemasan Peribadi & Keluarga
Mengapakah Dana Kecemasan Penting?
Ia membantu anda mengelak daripada meminjam wang atau memohon pinjaman daripada pihak lain untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka.
Dana kecemasan akan membantu mengurangkan tekanan apabila kecemasan dan perbelanjaan tidak dijangka berlaku.
Ia juga dapat menghalang anda daripada menggunakan kad kredit dengan hutang kadar faedah tinggi bagi perbelanjaan yang tidak dijangka.
3 Langkah untuk Membina Dana Kecemasan Anda
Rancang matlamat untuk menyimpan perbelanjaan hidup 3-6 bulan bagi Dana Kecemasan.
Simpan jumlah yang kecil setiap bulan, atau anda boleh menyimpan lebih banyak jika anda mempunyai wang tambahan untuk disimpan.
Sediakan pemindahan automatik daripada akaun bank anda.
