Ramadan 2026: Pemeriksaan Keselamatan Zakat🕌
Ramadan memang bulan untuk kita gandakan pahala dan berkongsi rezeki. Tapi dalam kita nak buat baik tu, ada pula scammer yang tunggu peluang. Jadi sebelum hulur zakat atau sedekah secara online, pastikan duit anda betul-betul sampai kepada yang sepatutnya.
Jom buat “security check” ringkas ni 👇
i) Guna Portal Rasmi Sahaja
Bayar Zakat Fitrah atau apa-apa sumbangan melalui laman web rasmi Zakat negeri atau aplikasi bank yang disahkan sahaja. Jangan sesekali klik pautan “Sedekah segera” yang entah datang dari mana, sama ada WhatsApp, Telegram atau komen media sosial.
ii) Semak Nama Penerima Betul-Betul
Kalau imbas kod QR di masjid atau NGO dekat bazar Ramadan, jangan terus tekan ‘Confirm’. Tengok dulu nama penerima yang tertera di skrin. Ada kes scammer tampal QR palsu atas QR asal untuk alihkan duit ke akaun mereka.
iii) Derma Tak Perlu PIN atau OTAC
Organisasi kebajikan yang sah takkan pernah telefon dan minta PIN ATM atau kod OTAC untuk “sahkan” derma anda. Kalau ada yang minta maklumat bank, terus letak telefon. Itu memang red flag 🚩
Buat baik itu ibadah, tapi berjaga-jaga itu tanggungjawab. Hati kena ikhlas, akaun bank pun kena selamat ✨
