Taktik Pegawai Bank Palsu: Jangan Sesekali Kongsi Maklumat Ini Melalui Telefon!

Panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai bank, polis, atau agensi kerajaan masih antara taktik scam yang paling kerap digunakan. 😰🚩

Mereka sengaja mencetuskan rasa panik supaya anda bertindak tanpa berfikir panjang.

Kalau terima panggilan macam ni, ingat 3 perkara ini:

📞 Letak Telefon Dulu

Jika pemanggil meminta maklumat peribadi atau menyuruh anda memindahkan wang, tamatkan panggilan dan hubungi nombor rasmi bank anda sendiri.

🔒 Jangan Kongsi OTP, PIN atau Kata Laluan

Bank yang sah tidak akan meminta maklumat ini melalui telefon.

🚨 Hubungi 997 Jika Terpedaya

Jika anda sudah membuat pindahan wang ke akaun meragukan, hubungi NSRC di talian 997 secepat mungkin.

🛡️ Jangan Panik, Sahkan Dulu

Seminit untuk menyemak boleh menyelamatkan wang hasil titik peluh anda.

Next
Next

Bahaya Kos Tersembunyi: Kenapa Mampu Beli Tak Semestinya Mampu Bela?