Zakat & Sedekah: Ikhlas Itu Penting, Berhati-hati Itu Perlu ๐Ÿ•Œ

Ramadhan ialah bulan untuk kita memperbanyakkan amal. Namun, jangan sampai keikhlasan kita dipergunakan. Kini, poster sedekah palsu semakin berleluasa di media sosial, lengkap dengan gambar dan cerita yang menyentuh emosi.

Berhenti seketika. Semak dahulu.

i) Periksa Nama Akaun

Pastikan akaun bank tertera atas nama NGO atau masjid yang berdaftar, bukan atas nama individu persendirian.

ii) Semak Nama Penerima Sebelum Confirm

Jika membayar zakat menggunakan kod QR di masjid atau surau, periksa nama penerima yang terpapar pada skrin sebelum menekan butang โ€œConfirmโ€. Pastikan ia benar-benar nama pusat zakat atau masjid tersebut.

iii) Waspada โ€œBantuan Rayaโ€ Tiba-Tiba

Jika menerima SMS atau mesej yang mendakwa anda layak menerima bantuan khas dan meminta maklumat bank, itu berkemungkinan taktik phishing. Jangan klik pautan tersebut.

Memberi itu mulia. Memastikan ia sampai ke tangan yang betul adalah lebih bermakna. โœจ

Previous
Previous

Ehh dah nak berbuka! Makan Ape Harini?

Next
Next

#JanganKenaScam Kekal Waspada di Musim Raya Ini