Bila Kali Terakhir Anda Tukar? 🔢🛡️
Cuba fikir sekejap… masih guna PIN yang sama sejak pertama kali dapat kad?
Sama ada untuk keluarkan duit di ATM atau buat bayaran di kaunter, PIN 6 digit anda merupakan salah satu lapisan keselamatan penting untuk melindungi kad dan akaun anda.
Jadi, jom semak semula beberapa perkara mudah ini:
I. Elakkan PIN yang mudah diteka
Tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau urutan seperti 123456 dan 111111 mungkin mudah diingat, tetapi juga mudah diteka, terutamanya jika dompet anda hilang.
II. Pertimbangkan untuk tukar PIN secara berkala
Menukar PIN dari semasa ke semasa boleh membantu mengurangkan risiko PIN anda diketahui oleh orang lain, terutamanya jika anda pernah memasukkannya di tempat awam.
III. PIN ialah rahsia anda
Jangan sesekali kongsikan PIN dengan sesiapa. Pihak bank atau agensi keselamatan TIDAK AKAN meminta PIN kad anda. Bila masukkan PIN di ATM atau kaunter, jangan lupa lindungi papan kekunci daripada pandangan orang sekeliling.
PIN rahsia, kad lebih selamat. 🔐
Ambil masa seminit untuk semak PIN anda hari ini. Kalau dah lama tak tukar, mungkin dah tiba masanya. 😉
