Simpan Resit Transaksi: Bila Perlu Simpan dan Bila Boleh Buang? 🧾

Setiap kali selepas membuat bayaran di kaunter atau pengeluaran tunai, kita biasanya akan menerima resit fizikal. Kebanyakannya pula terselit dalam dompet atau dibuang begitu sahaja.

Tapi, tahu tak resit mana yang sebenarnya perlu disimpan dan mana yang boleh terus dibuang?

I. Simpan Resit Pembelian Barangan Berjaminan (Waranti)

Bagi barangan elektrik, gajet atau perabot, resit boleh menjadi bukti pembelian yang penting untuk tuntutan waranti. Sebaiknya ambil gambar resit tersebut sebagai salinan digital kerana dakwat pada resit boleh pudar dari semasa ke semasa.

II. Semak Dulu Sebelum Buang

Untuk resit pembelian harian seperti barang dapur atau makanan, semak dahulu jumlah yang dikenakan dan pastikan semuanya betul sebelum dibuang.

III. Lupuskan Maklumat Sensitif

Jika resit mengandungi maklumat seperti baki akaun atau nombor rujukan peribadi, koyakkan atau hancurkan bahagian tersebut sebelum membuangnya.

Kemas Dompet, Teratur Rekod. Pengurusan resit yang ringkas membantu anda menyimpan bukti penting tanpa perlu memenuhi dompet dengan timbunan kertas yang tidak diperlukan. 💳✨

Previous
Previous

Bila Kali Terakhir Anda Tukar? 🔢🛡️

Next
Next

Akaun Anda milik Anda.