Kawal Perbelanjaan Harian Anda

Menetapkan had bayaran dengan sewajarnya membantu anda mengurus perbelanjaan dengan lebih berdisiplin.

Amalkan langkah pengurusan had bayaran ini:

I) Selaraskan Had Mengikut Keperluan

Tetapkan had harian pada jumlah yang munasabah berdasarkan corak perbelanjaan harian anda untuk mengelakkan perbelanjaan tidak perlu atau secara impulsif.

II) Ubah Had Hanya untuk Pembelian Terancang

Naikkan had bayaran buat sementara waktu jika perlu membuat transaksi besar, dan turunkan semula selepas transaksi selesai.

III) Semak Tetapan Transaksi Secara Berkala

Pastikan tetapan had pemindahan dan pembayaran sentiasa sesuai dengan keperluan serta tahap perbelanjaan anda.

Kawal tetapan, urus perbelanjaan. Semakan ringkas membantu memastikan akaun anda sentiasa teratur. 🔐💳

Previous
Previous

Pastikan Akaun Sentiasa Bersedia

Next
Next

Cara Elak Akaun Utama Licin Bila Tiba Bil Berkala atau Tahunan!