Pastikan Akaun Sentiasa Bersedia
Bayaran bil secara automatik memudahkan urusan perbelanjaan bulanan, tetapi perlu dipantau bagi memastikan baki akaun anda sentiasa mencukupi.
Urus bayaran berulang anda dengan amalan ringkas ini:
I) Catat Tarikh Potongan Bulanan
Ketahui tarikh bil atau langganan anda akan ditolak secara automatik setiap bulan bagi mengelakkan transaksi gagal.
II) Pastikan Baki Mencukupi Sebelum Tarikh Potongan
Pastikan baki akaun mencukupi sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh potongan bagi mengelakkan bayaran gagal atau sebarang caj yang berkenaan.
III) Hentikan Potongan untuk Perkhidmatan yang Tidak Digunakan
Semak bayaran berulang anda dan batalkan perkhidmatan atau langganan yang sudah tidak digunakan.
Rancang lebih awal, elakkan gangguan. Semakan bayaran automatik membantu memastikan perbelanjaan bulanan anda berjalan lancar. 📅💰
