Apabila anda memulangkan barangan atau meminta bayaran balik daripada peniaga, pemantauan transaksi bayaran balik membantu memastikan rekod kewangan anda sentiasa teratur.
Pastikan proses pemantauan bayaran balik anda lebih mudah dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
I) Simpan Resit Pemulangan atau Bukti Rujukan
Sentiasa simpan resit atau pengesahan pemulangan dalam bentuk fizikal atau digital sehingga jumlah bayaran balik dikreditkan semula ke dalam akaun anda.
II) Ketahui Tempoh Pemprosesan yang Dijangka
Fahami bahawa bayaran balik daripada peniaga biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja untuk diproses dan dikreditkan semula ke dalam akaun anda.
III) Semak Penyata Anda Selepas Beberapa Hari
Semak sejarah transaksi terkini selepas tempoh pemprosesan yang dijangka bagi memastikan jumlah bayaran balik yang betul telah dikreditkan semula.
Pantau lebih awal, urus dengan teratur. Pemantauan bayaran balik membantu memastikan rekod transaksi harian anda sentiasa tepat. 🛍️🔎
