Mengurus Perbelanjaan Bersama dan Pembayaran Bil Kongsi

Mendahulukan bayaran untuk hidangan atau pembelian bersama rakan dan keluarga merupakan perkara biasa. Namun, menjejaki bayaran balik yang masih belum diterima boleh menjadi rumit.

Pastikan pengurusan perbelanjaan bersama anda sentiasa teratur dengan mengamalkan langkah-langkah mudah berikut:

I) Catat Perbelanjaan Bersama dengan Segera

Catat secara ringkas siapa yang membuat bayaran sejurus selepas makan bersama atau melakukan pembelian berkumpulan supaya tiada butiran yang terlupa.

II) Buat atau Minta Bayaran Balik dengan Segera

Buat pembayaran atau minta rakan membayar bahagian masing-masing pada hari yang sama, ketika jumlah perbelanjaan masih segar dalam ingatan. Langkah ini membantu memastikan rekod kewangan harian anda kekal seimbang.

III) Selesaikan Baki Tertunggak Setiap Minggu

Luangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk menyemak dan memastikan semua baki perbelanjaan bersama bagi minggu tersebut telah dijelaskan.

Urus dengan mudah, kekal teratur. Amalan pembahagian bil yang jelas membantu melancarkan pengurusan kewangan harian dan mengekalkan hubungan yang harmoni. 📲🤝

Next
Next

Mengurus Pemulangan Wang bagi Pembelian yang Dibatalkan